Bismillahirrahmanirahim


Assalamualaikum..
sebagai pembuka warkah pertama nisaAmpang.Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Pencipta segala isi alam. Selawat dan salam buat Kekasih Hati, Rasulullah S.A.W. julung - julung kalinya, nisaAmpang terdetik dan terlintas untuk berkongsi ilmu, berkongsi rasa serta berkongsi info di web nisa sendiri.
walaupun dengan tenaga yang ada hanya beberapa kuntum. Namun nisaAmpang tetap mekar untuk mencetus idea bagi menyibukkan diri dalam dunia dakwah generasi muda. Segala keringat yang dihasilkan adalah sama iaitu demi menjadi 'penghubung Generasi Muda'. Dengan misi yang sama , kami di Ampang telah mengendali dan menyertai pelbagai program yang diadakan di sekitar lembah kami.
Antara aktiviti yang telah diadakan dalam tahun 2010 ini ialah Pertandingan Boling Beliawanis Nisa' yang bertempat di Ampang Superbowl Flamingo. antara lain ialah mengendali serta menjadi juri bagi Pertandingan Mewarna di Masjid taman Kosas bersempena Karnival kesihatan. disamping itu, Program anugerah kecemerlangan UPSR di masjid Bukit Indah dan yang bakal berlangsung ialah Program Jom menutup Aurat pada 23 mei 2010. Alhamdulillah, sepanjang lima purnama dalam tahun 2010 ini aktiviti - aktiviti yang dijalankan begitu menarik minat golongan beliawanis untuk menyertai aktiviti yang telah dan bakal diadakan.
Tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan kebarkahan. walaupun kesibukan ahli - ahli dengan tugasan ruji, kami tetap turun ke padang untuk bersama - sama membangkitkan usaha nisa iaitu 'Connecting Youth'.
Diharapkan segala usaha, susah payah, masa dan harta yang kita korbankan untuk berdakwah mendapat tempat di Jannatul firdaus kelak. Ikhlaskan diri dalam apa jua langkah demi agama islam yang tercinta.
Amin Ya Rabbal Alamin...


 Balik kepada pilihan Anda!
" Meninggi Jangan Sampai Lupa Diri
Merendah Jangan Sampai Jatuh Maruah Diri"