srikandi tauladan nisa'


"Srikandi Siti Khadijah"
kau lah lambang cinta sejati,
serikandi pertama tika islam bermula,
hatimu menyalakn keyakinan,
hartamu membuktikan pengorbanan.
rasul keseorangan engkaulah teman,
dia tersisih engkau memilihnya,
dia terbuang engkau menyayanginya,
kerna iman kau sanggup berjuang.
siti khadijah,
namamu indah,
qudwah hasanah tauladan ummah,
tika rasul terpinggir,
engkaulah insan terhampir.
siti khadijah mujahid yang solehah,
agung jasamu dipersada sejarah,
pemergianmu ditangisi nabi,
sehingga kini tiada pengganti.
sunyi jalan menuju Allah,
menggamit hati mencari teman,
indah jalan menuju Allah,
jika teman seperti Khadijah,
masih ada lagi...

semaklah sabda Rasulullah:
'Sebaik - baik wanita ialah Maryam bin Imran. Sebaik - baik wanita ialah Khadijah binti Khuwailid. (HR muslim dari Ali B. Abu Talib Radiyallahu 'anhu'
'dan sebaik - baik wanita dalam masanya ialah Khadijah'
Dialah Khadijah binti Khuwailid isteri pertama Rasulullah Sallahu 'alaihi wassalam. Beliau lahir pada tahun 68 sebelum hijrah. Hidup dan membesar dalam keluarga yang terhormat. Khadijah ialah seorang yang berakhlak mulia, terpuji, bekemahuan tinggi, serta mempunyai akal yang suci sehingga pada zama jahiliah, Khadijah dibeeri gelaran 'At-Thahirah'
Khadijah merupakan wanita yang kaya hasil daripada perniagaannya. Untuk menjalankan perniagaannya, Khadijah mempunyai beberapa tenaga lelaki, antaranya ialah Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam.
sebenarnya, Khadijah ialah wanita janda yang telah menikah dengan dua lelaki. penikahan pertama ialah dengan Zurarah At.Tamimi, dan yang kedua ialalah dengan Atid bin Abid Al- Makhzumi. dan kedua- dunya telah wafat dengan meningglkan seorang putera.
Pada masa janda, ramai tokoh Quraisy yang ingin mempersuntingnya, tetapi Khadijah menolaknya. disebalik semua itu, sebenarnya Allah telah mempersiapkan jodoh yang terbaik untuknya, iaitu dengan Baginda Rasulullah.
Pada usia 40, Khadijah menikah dengan Rasulullah yang pada ketika itu belum diangkat menjadi rasul. Pada masa itu, Muhammad baru berusia 25 tahun. Pernikahan mereka, dikurniakan 7 cahaya mata iaitu Qasim, Abdullah, Zainab , Ruqayah, Ummu Kalthum, dan Fatimah.
diawal permulaan islam, peranan khadijah tidaklah sedikit. Khadijah setia menemani suaminya dalam menyebarkan agama islam. Khadijah adalah seorang pendorong buat Muhammad untuk selalu giat dalam berdakwah, bersemangat dan tidak mudah menyerah.
Khadijah selalu berusaha meringankan beban yang berat yang dipikul oleh rasulullah. Rasulullah memuji Khadijah :" Dia(khadijah) beriman kepadaku di saat oarang - oarang mengingkari. dia membenarkanku disaat orang mendustakan. dia membantuku dengan hartanya ketika orang - orang tidak mahu". (HR. Ahmad Al Isti'ab karya Ibnu abdil Ba'ar).
kebajukan, kesetiaan dan berbagai kebaikan Khadijah tidak pernah luput daripada ingatan Rasulullah. bahkan sehingga Khadijah meninggal. ia benar - benar isteri yang mendapat tempat tersendiri di hati Rasulullah.
Khadijah wafat tiga tahun sebelum hijrah ketika usia 65 tahun. pememrgian Khadijah sangat terkesan dihati Rasulullah serta umat islam. Pemergian Khadijah meninggalkan banyak perkara yang tak dapat dilupakan.
Itulah Khadijah binti Khuwailid yang Allah pernah menyampaikan penghormatan (salam) kepadanya dan Allah menjanjikan sebuah rumah di Syurga.


 Balik kepada pilihan Anda!
" Meninggi Jangan Sampai Lupa Diri
Merendah Jangan Sampai Jatuh Maruah Diri"